This blog about friendship. And we hope this friendship still remain forever although all of us marry soon hehehe..peace xoxo

Sunday 10 June 2012

Perbezaan Baju Kurung & Kebaya


Apa pilihan fesyen baju bila korang nak tempah baju? 
Terutama bila musim raya, kenduri kendara atau majlis2 formal... Ermmm...Baju apa ek?
Fesyen macam mana ek?
Ada yang minat Baju Kurung je. Yela senang nak bergerak n simple. 
Tetapi ader yang lebih suka bergaya nak nampak trend dan ikut fesyen semasa buat Kebaya la, mengikut potongan badan dan nampak lebih anggun. Baru la cantik kan.
Bagaimana dengan fesyen lain?
Apa pilihan korang? Biasanya korang ikut trend or ikut citarasa korang sendiri?
Nak tahu sesuatu? Apa perbezaan Baju kurung & kebaya ni.. meh kita tgk perbezaannya...


Apa yang korang tahu sejak dari awal lagi, Baju Kurung dan Kebaya ni sudah diwarisi turun temurun sejak berzaman lamanya (Cuba tgk zaman tok nenek kite dulu-dulu). Pakaian tradisional ni menjadi kebanggaan masyarakat Melayu kite dimana ia dipakai sebagai basahan malah ia juga di gunakan untuk majlis formal dan pakaian rasmi.
Apa yang boleh kite bangga sekarang ianya masih lagi nampak kekal indah dan tidak lapok dek telan zaman.

Kalau korang dapat perhatikan sekarang ni. Baju Kurung & Kebaya banyak dijadikan pelengkap kepada busana pilihan samada di majlis pertunangan, pernikahan, mahupun persandingan. Tu yang buat kite bangga dan bermulalah tugas-tugas pereka fesyen yang dari pelbagai pelapis dan generasi cuba mengolah dan merekaciptakan design yang lebih ke arah kemodenan untuk memartabatkan lagi warisan ibunda ini. Menjadi tanggungjawab yang penting bagi mereka untuk menyemai dan memberikan satu nafas baru kepada Baju Kurung & Kebaya supaya dapat menarik minat generasi muda (macam zaman kite sekarang ni) yang lebih taksub dengan rekaan bercirikan barat. Tetapi nilai ketimuran tetap kena ader la supaya ia dapat mengekalkan khazanah warisan kite. Baru la boleh bersaing dengan rekaan bertaraf antarabangsa. dengan adanya rekaan baru ia juga dapat memastikan warisan tetap gemilang dan menjadi kebanggaan setiap bangsa di Malaysia.


Beza Baju Kurung & Kebaya

Perbezaan antara Baju Kurung & Kebaya ni dapat dilihat dari jenis potongan rekaan baju tersebut. ini termasuklah pengunaan pesak, kekek potongan lurus dan longgar untuk baju kurung dan susunan kainya yang berkipas di tepi masih kekal sehingga kini..




Kebaya pula dipandang sebagai satu pakaian tradisi yang cantik di mana potongan bajunya menampakan susuk tubuh yang langsing dan menawan gitu. Contohnya kebaya nyoya paling mendapat perhatian di segelinap golongan peringkat umur..




Dan hari ini Baju Kurung & Kebaya dapat dilihat dalam kepelbagaian rekaan dengan kreativiti pereka lahirlah idea-idea yang mengindahkan lagi warisan agung ini.
Pengunaan fabrik yang pelbagai dan teknik-teknik gabungan serta penerapan idea yang moden dapat melahirkan satu dimensi baru kepada peminat Baju Kurung & Kebaya.



Pemilihan corak dan warna yang bersesuaian.
Bentuk dan design yang menarik.
Susunan kain yang sesuai dengan setiap fesyen yang digemari.







Penambahan manik dan labuci dapat menyerlahkan lagi keangunan dan kecantikan si pemakai.
Harus diingat jangan terlampau sarat dan berat apabila menambah hiasan pada baju.
Cukup sekadar simple tapi menarik.





Kalau dulu, kite hanya dapat melihat baju kurung dengan potongan longgar kini kita dapat melihat potongan kurung yang mengikut bentuk tubuh dan di panggil kurung moden, pesak gantung, begitu juga dengan kebaya ada kebaya labuh, kebaya moden dan sebagainya sinonim dengan peredaran zaman kita sekarang.

Jadi bagaimana pilihan korang sekarang. nak buat tempah baju nanti biarlah selesa bila dipakai.. Jgn terlalu ketat sampaikan payah nak bergerak dan jgnlah terlalu besar dari ukuran badan. Kan ke x berapa cantik bila dipandang. Dapatlah korang bezakan yang mana Baju Kurung & Kebaya kan. Tu aje la yang dapat kite kongsi bersama.. Nanti kite tgk apa lagi yang boleh dikongsi..k..
Tgk la design baju2 dibawah ni.. hanya untuk tatapan dan pilihan jika korang nak tempah baju nanti..





Pemilihan corak manik dan sulam.. 






 Sumber dari majalah pengantin'2008...


Sweet Love'
-faxoxo-

1 comment: